Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar Minggu 11

17 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 April 2025 (Rabu) dan 20 April 2025 (Ahad), Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar bagi Minggu ke 11 telah dijalankan secara atas talian yang bermula dari pukul 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi. Program tersebut telah dihadiri oleh dua orang peserta pada hari Rabu dan seorang pada hari Ahad. Kelas ini dijalankan oleh pihak NADI Mahir Pertanian Pintar sendiri.

Minggu ke 11, peserta NADI Mahir Pertanian Pintar telah mempelajari tentang 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦 𝐒𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐢𝐚𝐧. Peserta mempelajari cara pengurusan penyiraman anak pokok dan penjagaan anak pokok.

Program ini sangat bermanfaat kepada komuniti yang sememangnya berminat dengan pertanian berteknologi bagi memudahkan penanaman sayuran dengan terancang. Semoga semua peserta dapat mengadaptasikan pelajaran yang disampaikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali